Saya akan membina satu lagi Pusat Belia, sejajar dengan inisiatif dan visi yang saya telah umumkan pada tahun 2018 untuk membinanya di setiap daerah negeri Johor. Yang pertama kini sedang dalam proses pembinaan di Hutan Bandar, Johor Bahru dan akan dinamakan Pusat Belia Raja Zarith Sofiah. Saya juga telah mendapatkan perkenan daripada DYMM Tuanku Sultan untuk meluluskan penggunaan tanah bagi Pusat Belia yang kedua di Muar dan ia akan dinamakan sebagai Pusat Belia Tunku Mahkota Ismail.
Tujuan pembinaan Pusat Belia ini adalah menyediakan kemudahan untuk anak-anak muda menjalankan pelbagai aktiviti-aktiviti belia.
DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor
---
I will be building another Youth Centre, inline with the initiative and vision I announced in 2018 to built such centres in every Johor district. The first is currently in construction at Hutan Bandar, Johor Bahru and will be named the Raja Zarith Sofiah Youth Centre. I have also received the blessing of His Majesty Tuanku Sultan in approving the use of land for the second Youth Centre in Muar that will named the Tunku Mahkota Ismail Youth Centre.
The reason for building the Youth Centre is to provide a venue for youngsters to conduct various youth related activities.
HRH Major General Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Crown Prince of Johor